Episode yang agak menarik kerana kami berempat meluahkan rasa kecil hati dan terkilan apabila temujanji kami bersama seorang pengusaha terkenal, Abg Osman My Lustre telah dibatalkan oleh sebab sebab yang kami rasa agak meragukan.
Adakah cancellation ini telah disebabkan oleh keadaan terkini di dalam industri Podcast Melayu tanahair ataupun sebaliknya. Kami berempat mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya.....
Episode kali ini dibawakan bersama bersama rakan rakan kolaborasi kami, Konsultan Kewangan, Hans Edzra dan Firdaus Mazlan. Untuk pencerahan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang mereka sediakan, lungsuri lelaman IG mereka di @hansedzra dan fir.mazlan
Podchaser is the ultimate destination for podcast data, search, and discovery. Learn More